Order Form

Anda ingin membeli (Your Order):
Code Items / Jenis / Warna :
Nama (Name):
Email Address:
Alamat Penghantaran (Postage Address) :
Number Telefon (Phone No):
Pembayaran Melalui :
Tempoh Bayaran

Put a website form like this on your site.

my friendsssssss ;p

Sunday, June 30, 2013

Peraturan Peniaga Dalam-Talian Berkuat-Kuasa Bermula 1 Julai

Bermula esok, 1 Julai 2013, salah satu undang-undang dan peraturan baru akan mula dikuat-kuasa, iaitu Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012, sekaligus membolehkan para pengguna yang membuat pembelian secara online lebih terlindung berbanding sebelum ini.
Lebih 1,879 kes penipuan dilaporkan pada 2011.Melalui Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 ini, ia akan memerlukan mereka yang terlibat dalam urusan jualan produk atau perkhidmatan secara online untuk mematuhi beberapa perkara, sebelum menjual di arena internet. Untuk perhatian, ia bukan sahaja hanya melibatkan penjual yang mempunyai laman tersendiri atau blogshop, tetapi turut sama meliputi mereka yang menjualnya melalui laman seperti eBay, Lelong, dan juga Mudah. Penjual yang menggunakan medium Facebook juga tertakluk kepada peraturan baru ini.
Penjual – Apa Yang Perlu Dilakukan?
Sebagai seorang penjual, anda perlu memastikan yang mana pelbagai informasi berkaitan syarikat dipaparkan pada laman jualan, membolehkan pembeli mengetahui ia dengan mudah.
Antara yang perlu dipaparkan adalah termasuk:
  • Nama orang yang menjalankan perniagaan bagi maksud membekalkan barang atau perkhidmatan melalui tapak web atau dalam pasar dalam talian, atau nama perniagaan, atau nama syarikat.
  • Nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat.
  • Alamat e-mel dan nombor telefon, atau alamat orang yang menjalankan perniagaan bagi maksud membekalkan barang atau perkhidmatan melalui tapak web atau dalam pasar dalam talian.
  • Perihal tentang ciri utama barang atau perkhidmatan itu.
  • Harga penuh barang atau perkhidmatan termasuklah kos pengangkutan, cukai dan apa-apa kos lain.
  • Kaedah pembayaran
  • Terma dan syarat-syarat
  • Anggaran masa penghantaran barang atau perkhidmatan kepada pembeli.
Selain daripada ini, ia juga perlu diambil perhatian dimana setiap pemilik yang membuat jualan perkhidmatan dan produk melalui online ini perlu menyimpan data-data (nama, alamat dan nombor telefon) pembekal sekurang-kurangnya selama dua tahun.
Kesan Positif Kepada Pengguna Dan Pembeli
Dengan penguat-kuasaan undang-undang dan peraturan baru ini, ia akan memberikan lebih jaminan dan perlindungan kepada pengguna dan pembeli yang melakukan transaksi secaraonline. Mereka mungkin tidak lagi perlu bimbang mengenai seseorang penjual, dan boleh mengetahui data dan info berkenaan dengan seseorang penjual dengan mudah terus melalui laman jualan.
Panduan Pencukaian Untuk E-Dagang
Nilai transaksi online dijangka menjangkau RM5 bilion menjelang 2014Setiap perniagaan komersial tertakluk kepada cukai, dan tidak terkecuali adalah transaksi online. Selain pengumuman untuk menguatkuasakan Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012, ia kelihatan pihak LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) turut sama menyediakan sebuah panduan yang memberikan idea berkenaan bagaimanakah dan siapakah yang akan tertakluk untuk cukai dalam perniagaan elektronik. Dengan panduan yang disediakan pihak LHDN ini, ia akan memudahkan para penjual untuk mengetahui apakah yang tertakluk kepada pencukaian dan sebaliknya.
Panduan Pencukaian Untuk E-Dagang
Penutup
Perkara ini boleh dilihat sebagai salah satu usaha kerajaan dalam memastikan para pengguna dan pembeli tidak ditipu dengan mudah melalui laman-laman jualan yang terdapat dengan banyak di arena internet pada hari ini. Ia juga akan membolehkan pengguna mengetahui sepenuhnya, termasuk kos yang akan perlu dibayar oleh mereka dan masa yang akan diperlukan untuk sesuatu barang atau perkhidmatan tiba pada mereka. Berkaitan dengan cukai, seperti biasa setiap perniagaan tertakluk kepadanya, dan tidak terkecuali adalah perniagaan berasaskan internet.
Jadi, apa kata anda berkenaan dengan perkara ini?

Saturday, June 8, 2013

BAJU RAYA BABY & MAMA 2013. ENGLISH COTTON & COTTON SATEEN








Baju Kurung Sateen Lace Dewasa RM189 Free Pos Laju
Baju Kurung English Cotton Lace Dewasa RM169 Free Pos Laju
Baju Kurung Viscose RM129 Free Pos Pos Laju
Baju Kurung Budak English Cotton RM79 Free Pos Laju

Whatsapp 0193952258